MENU UTAMA

Carian

Pengguna Berdaftar



Home
LATAR BELAKANG SENAT

Tugas & Tanggungjawab

Senat ialah badan berkuasa akademik bagi Universiti yang mengawal dan bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan, dan penetapan serta pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain (berdasarkan Seksyen 22 di dalam Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang).
 
Sehubungan ini, Unit Senat di Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah dipertanggungjawabkan sebagai urusetia kepada Senat Universiti serta menyelaras Jawatankuasa Tetap Senat yang ada dibawahnya.

Secara umumnya, tugas sebagai Urusetia Senat, di antara yang lain termasuklah tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-

1) Mengaturkan perjalanan mesyuarat Senat;
2) Menyediakan agenda dan fail mesyuarat;
3) Menyedia, mengedar minit mesyuarat serta mendapatkan maklumbalas terhadap setiap tindakan;
4) Mengurus dan mengemaskini dokumen dan rekod berkaitan Senat (kertas kerja, rekod keputusan mesyuarat dan sebagainya).
5)  Mengemaskini senarai keahlian yang betul dan terkini - termasuk penyediaan surat pelantikan;
6) Berurusan secara langsung dengan Jawatankuasa Tetap Senat; 
7) Menguruskan perkara-perkara berkaitan akademik untuk kelulusan/pemakluman; 
8) Menguruskan pelantikan Setiausaha Jawatankuasa Tetap Senat .
Keahlian Senat


Senat Universiti dianggotai oleh:-

1) 

Naib Canselor sebagai Pengerusi ;

2)

Semua Timbalan Naib Canselor (salah seorang dilantik sebagai Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi); 

3)

Semua Dekan Fakulti dan semua Ketua Kampus Cawangan, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut Universiti ;

4)

Tidak lebih daripada dua puluh orang Profesor sepenuh masa yang dipilih bagi tempoh tiga tahun oleh semua Profesor dan Profesor Madya sepenuh masa Universiti ; dan

5)

Tidak lebih daripada lima orang daripada Universiti yang hendaklah diko-opt oleh Naib Canselor selama tiga tahun

 
Jawatankuasa/Majlis dibawah Senat

Jawatankuasa dan Majlis yang ditubuhkan dibawah Senat adalah seperti berikut:-

 i)  Jawatankuasa Perancangan Dan Pembangunan Akademik;
 ii)  Jawatankuasa Penyelidikan Dan Pengembangan Ilmu;
 iii)  Majlis Peperiksaan Universiti; dan
 iv)  Majlis Pengajian Siswazah Universiti
 
Hubungan Senat dengan Jawatankuasa/Majlis


Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang dibawah Seksyen 22 (7) menyatakan bahawa:

Dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya, Senat boleh mewakilkan mana-mana daripada kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya kepada ahlinya atau sesuatu jawatankuasa yang terdiri daripada ahlinya.
 

Jawatankuasa Tetap senat telah ditubuhkan dan telah diperturunkan kuasa-kuasa tertentu mengikut fungsi masing-masing yang telah ditetapkan oleh Senat.

Jawatankuasa Tetap Senat akan membincangkan serta memperakukan kepada Senat Universiti tentang hal-hal akademik (diantaranya termasuk penubuhan fakulti/pusat, penentuan kurikulum, syarat dan kelayakan masuk pelajar, peperiksaan, pelantikan Pemeriksa Luar dan Profesor Tamu/Profesor Pelawat, pemberian anugerah/hadiah akademik, penyelidikan dan penerbitan.

 

Prosedur Pembentangan Kertas Kerja Ke Mesyuarat Senat 

Setiap kertas kerja yang hendak dibentangkan di mesyuaarat Senat perlu dibentangkan dan perlu mendapat perakuan atau kelulusan di Mesyuarat Jawatankuasa/Majlis dibawah Senat terlebih dahulu, kecuali dengan kebenaran Pengerusi.