Home Format Kertas Kerja
Kertas Kerja Mesyuarat
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 15 Disember 2010 15:49

 

1. Kertas kerja yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Urusetia Senat (Bahagian Pengurusan Akademik - BPA) melalui Setiausaha Jawatankuasa  / Majlis mengikut prosedur mengendalikan dokumen bertaraf SULIT.

2. Kertas kerja hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Senat selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja sebelum Mesyuarat Pra Senat diadakan.

3. Kertas kerja yang dikemukakan hendaklah mengikut format kertas kerja Senat UMP dan ia perlu mengandungi: 

i. Kulit muka hadapan (disediakan oleh Urusetia Senat).

ii. Maklumat pengesahan kertas kerja dari fakulti / jabatan (disediakan oleh fakult / jabatan).

iii. Ringkasan Eksekutif (disediakan oleh fakulti / jabatan) - perlu disediakan bagi kertas kerja melebihi sepuluh (10) mukasurat (tidak termasuk lampiran).

iv Kerta kerja (disediakan oleh fakulti / jabatan).

4. Kertas kerja yang tidak dibentang atau tidak diluluskan di Mesyuarat Majlis Fakulti, Mesyuarat Jawatankuasa dan Majlis di bawah Senat tidak akan diterima untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Senat Universiti. Kertas Kerja yang dibentangkan hasil daripada Mesyuarat Majlis Fakulti hanya untuk tujuan laporan / pemakluman sahaja dan bukan untuk tujuan kelulusan Senat.

5. Kertas kerja daripada ahli Senat yang tidak melalui Mesyuarat Majlis Fakulti, Mesyuarat Jawatankuasa dan Majlis di bawah Senat boleh dipertimbangkan untuk dibawa dan dibentangkan di mesyuarat Senat dengan syarat ianya mendapat persetujuan daripada Pengerusi Senat serta mematuhi Perkara 2.

6. Kertas kerja yang diluluskan di peringkat Majlis dan Jawatankuasa di bawah Senat boleh dikemukakan kepada Urusetia Senat hanya setelah dibuat pindaan oleh fakulti / jabatan (jika perlu).  Penyediaan kerta kerja Senat perlu mengikut format penyediaan kertas kerja Senat yang telah ditetapkan.  Urusetia Senat berhak mengembalikan kerta kerja yang tidak dibuat pndaan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa / Majlis berkenaan dan yang tidak mengikut format penyediaan yang ditetapkan.

7. Kertas kerja yang lewat dihantar (melepasi tarikh penghantaran kertas kerja) perlu mendapat kelulusan Pengerusi Senat untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Senat yang terdekat.  Bagi kerta kerja yang lewat tatapi dibenarkan untuk dibincangkan di Senat, fakulti / jabatan yang berkenaan dikehendaki menyediakan dan membukukan kerta kerja mengikut keperluan dan format yang ditetapkan.


LAST_UPDATED2